Archive

BN kekal tewas di Semenanjung - Nizar Bravo!!!

Wednesday, August 26, 2009, Posted by Biaqpila at 9:00 AM




"Angin perubahan" yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika berkunjung di Permatang Pasir pada hari ini, rupa-rupanya lanjutan daripada tsunami 8 Mac, 2008.Calon UMNO dari Barisan Nasional, Rohaizat Othman ditewaskan oleh calon PAS dari dari Pakatan Rakyat, Mohd Salleh Man (gambar atas) dengan majoriti 4,551 undi.

Mohd Salleh Man memperolehi 9,618 undi, sementara Rohaizat Othman mendapat 5,067 undi, selain undi rosak sebanyak 83 undi. Undi majoriti berkurang, selaras dengan penurunan peratusan pengundian kepada 73.1%, berbanding 82.57% pada tahun lalu.


Terdapat seramai 20, 289 orang pengundi berdaftar di kawasan DUN Permatang Pasir, dengan Melayu 72.36%, Cina 25.85%, India 1.63% dan kaum lain 0.16%.


Mengimbas Pilihan Raya Umum ke-12 tahun 2008, bekas ADUN PAS, Allahyarham Hamdan Abdul Rahman berjaya mempertahankan kubu dengan 11,004 undi, memandangkan calon UMNO ketika itu, Ahmad Sahar Shuib hanya memperolehi 5571 undi.

Majoriti yang diraih ialah 5,433 undi, dengan 227 undi rosak. Baca seterusnya >>

Read More

PAS MENANG BESAR

Tuesday, August 25, 2009, Posted by Biaqpila at 6:55 PM

Aug 25, 09 6:35pm

Kemaskini 7.31pm PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

malaysiakini

Read More

Seruan dan Rayuan pimpinan Pakatan Rakyat - Nizar Bravo!!!

Posted by Biaqpila at 10:59 AM



Ditulis oleh Pimpinan Pakatan Rakyat


Salam sejahtera semua pengundi N.11 Permatang Pasir.


Kami semua mewakili pemimpin Pakatan Rakyat, dengan nada penuh kepiluan menguapkan takziah kepada semua rakyat Permatang Pasir, atas pemergian arwah YB Dato' Haji Mohd Hamdan Abdul Rahman, seorang wakil rakyat yang kita sayangi pada 31 Julai 2009.



Sekarang pula, kita semua terpaksa berdepan dengan pilihan raya kecil bagi memilih seorang pengganti, untuk ditabalkan sebagai wakil rakyat baru. Maka kita semua diseru agar sepakat kata untuk memilih seorang wakil rakyat yang seumpama arwah YB Dato' Haji Mohd Hamdan. Atas maksud ini, kami pemimpin Pakatan Rakyat telah seia sekata dan bersetuju memilih Ustaz Mohd Salleh Bin Man dari parti PAS sebagai calon kita untuk mewakili Pakatan Rakyat.


Justeru itu, kami semua cukup berpuas hati dan yakin, pemilihan Ustaz Mohd Salleh Man ini akan dapat memenuhi harapan rakyat Permatang Pasir. Beliau dikira paling layak bagi melaksanakan khidmat kepada rakyat Permatang Pasir. Selain itu, beliau adalah seorang anak tempatan Pulau Pinang yang cukup rapat hubungannya dengan arwah Dato' Haji Mohd Hamdan. Sifatnya yang mesra rakyat, suka berkorban dan berkhidmat tanpa mengira penat-lelah, sewajarnya mendapat sokongan daripada semua pengundi Permatang Pasir.


Perkara yang amat penting di sebalik pilihan raya kecil Permatang Pauh. Di dalam kedua-dua pilihan raya ini, kita semua sudah bertegas menolak BN sepenuhnya. Harapan kami, agar tuan-puan teruskanlah sikap itu. Sepakat martabatkan Pakatan Rakyat sebagai parti harapan rakyat Malaysia. Rakyat Permatang Pasir boleh membuktikannya, hanya dengan cara mengundi bulan, calon kita semua Ustaz Salleh Man. Calon kita, Ustaz Salleh Man mampu meneruskan usaha-usaha arwah Dato' haji Mohd Hamdan untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan menjayakan dasar-dasar dan usaha-usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Calon kita juga mampu memperkasakan urusan umat Islam melalui Agensi Kerajaan Negeri berkaitan hal ehwal agama. Wakil Rakyat BN yang kini menjadi pembangkang tidak mampu melaksanakan tanggungjawab ini.


Kita juga telah didedahkan oleh pihak media, betapa calon BN seorang yang tidak layak untyk diundi. Kami menyeru sekali lagi agar semua rakyat sebagai pengundi Permatang Pasir, tidak tertipu dengan segala bentuk kempen BN. Walaupun apapun, kuasa undi ada di tangan anda, dan kami merayu agar berilah peluang kepada calon PAS, Ustaz Mohd Salleh Man berupaya memikul tanggungjawab itu, kerana beliau seorang yang rapat dengan rakyat, juga komited untuk memajukan agama, bangsa dan tanah air.


Kepada tuhan kita semua berserah, dan kami berdoa agar tuan-puan sentiasa selamat, sejahtera dan aman. Semoga Pakatan Rakyat terus utuh, kekal berpadu memikul amanah rakyat. Keluarlah mengundi beramai-ramai pada Selasa, 25 Ogos 2009.


Selamat mengundi calon kita, Ustaz salleh man demi membuktikan Pakatan Rakyat sentiasa bersama rakyat untuk petahankan kemenangan.



DATO' SERI ANWAR IBRAHIM LIM GUAN ENG DATO' SERI ABDUL HADI AWANG
Ketua Umum KeADILan Ketua Menteri Pulau Pinang Presiden PAS

Read More

'Juara' Permatang Pasir: Gelanggang dibuka - Nizar Bravo!!!

Posted by Biaqpila at 8:57 AM



Pengundian bermula 8 pagi, keputusan dijangka 8 malam

Oleh G. MANIMARAN

SEBERANG PRAI: Gelanggang pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dibuka 8 pagi ini - bagi menentukan sama ada PAS berupaya mempertahankan kedudukannya ataupun Barisan Nasional (BN) pula boleh merampas semula kerusi yang terlepas tangan pada tahun 1999.

Kedua-dua musuh tradisi ini mengharapkan kemenangan walaupun dengan majoriti satu undi.

BN menurun sebagai 'underdog' dalam pilihan raya ini - yang keempat bagi penduduk Permatang Pauh sepanjang 18 bulan lalu dan pilihan raya kecil yang kelapan sejak setahun lalu.

Keyakinan itu dilahirkan oleh Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, masing-masing Naib Presiden PAS dan Umno pada hari terakhir kempen semalam.

Kempen pilihan kecil ini yang bermula 17 Ogos lalu - yang didominasi isu menyentuh calon BN berbanding campuran isu di Manek Urai, Kelantan bulan lalu - berakhir tengah malam tadi dengan sedikit kekecohan di sana sini berkaitan soal bahan-bahan kempen yang dirosakkan.

PAS dan BN menamatkan kempen minit-minit terakhir dengan kempen agak 'panas' yang kecam-mengecam satu sama lain. Permatang Pasir juga kelihatan sesak tengah malam tadi.

Sejurus selepas berakhirnya tempoh kempen rasmi, jentera PAS dan BN mengadakan mesyuarat penyelarasan masing-masing. Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberikan taklimat mengenai prestasi jentera sehingga 1 pagi tadi di Pusat Gerakan Induk, Jalan Kubang Semang.

Jentera PAS pula bertemu di Markas Induk, Jalan Permatang Pasir.

CALON BN, PAS TIDAK UNDI

Proses pengundian bermula 8 pagi dan akan berakhir 5 petang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sambil menambah, jika tiada apa-apa masalah keputusan akan diumumkan 8 malam.

"Saya yakin peratusan keluar mengundi lebih kurang 80 peratus," katanya.

BN menurunkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, anak tempatan. Beliau memperoleh ijazah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau berhadapan dengan saingan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man yang berkelulusan Pengajian Islam dari Universiti Malaya.

Pun begitu kedua-dua mereka bukan merupakan pengundi di kawasan Permatang Pasir.

Yang akan mengundi ialah Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.

Anwar juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh yang merangkumi DUN Permatang Pasir, Penati dan Seberang Jaya.

KOMEN CALON BN, PAS

Mengulas mengenai peluangnya, Rohaizat berkata, perkembangan yang positif yang disaksikan beliau memberi keyakinan kepadanya untuk meraih sokongan pengundi, sekali gus merampas semula kerusi itu, yang dianggap kubu kuat Pas sejak tiga penggal lalu.

Jelas beliau, BN telah menjelaskan hasratnya membantu rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur yang dikehendaki selain keperluan lain yang diperlukan di sesuatu kawasan.

Sehubungan itu, katanya, pengundi Permatang Pasir perlu memberi peluang kepada BN untuk membuktikan janjinya kepada mereka, yang menjanjikan kemajuan yang lebih gemilang.

"Saya minta semua pengundi keluar awal untuk mengundi. Jangan berlengah takut nanti tak sempat untuk mengundi disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.

"Jangan lupa bawa kad pengenalan dan naik kenderaan yang tepat. Jangan tumpang kereta yang sembarangan, takut nanti tak sampai tempat mengundi," katanya.

Salleh ketika dihubungi mStar Online selepas berakhirnya kempen tengah malam tadi memberitahu, beliau cukup bersemangat untuk menghadapi hari pengundian.

"Begitu pekerja jentera PAS dari kawasan lain dan dari parti komponen Pakatan Rakyat yang lain," katanya.

Begitu juga penyokong dan ahli-ahli parti, kata Pesuruhjaya PAS negeri Pulau Pinang.

"Saya yakin PAS akan kekalkan kerusi ini... tiada masalah untuk kekalkan kerusi," kata beliau yang enggan mengulas mengenai peratusan sokongan kepada BN.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Mohd. Hamdan Abd. Rahman dari PAS pada 31 Julai lalu.

Pilihan raya kecil sejak awal tahun ini diadakan selepas lebih sebulan kekosongan wujud. Ini termasuklah pilihan raya kecil DUN Penanti dan Manek Urai.

Bagaimanapun pilihan raya kecil ini diadakan dengan segera, kurang tiga minggu selepas kematian penyandang.

Pada tahun 1995 BN mengekalkan kerusi Permatang Pasir dengan majoriti 6,198 di mana ketika itu ia turut disaingi calon PAS dan DAP. Empat tahun kemudian ia dimenangi PAS dengan memperoleh majoriti 3,194 undi.

PAS mengekalkannya pada 2004 tetapi majoriti mengecil kepada 679 undi. Pada Mac 2008, PAS mempertahankan kemenangan dengan majoriti 5,433 undi.

Sejak 1986, majoriti di DUN Permatang adalah antara 600 dan 6,000 undi.

PAS dan BN mengharapkan undi penentu golongan muda dan masyarakat Cina. Dari segi pecahan usia, 40 peratus pengundi adalah mereka yang berusia 21 hingga 40 tahun, 25.5 peratus (41 hingga 50 tahun), 17.6 peratus (51 hingga 60 tahun), 10.38 peratus (61 hingga 70 tahun) dan 15.9 peratus mereka melebihi 71 tahun.

Dari segi pecahan pengundi mengikut kaum, DUN Permatang Pasir mempunyai 72.36 peratus pengundi Melayu, Cina (25.86%), India (1.63%) dan lain-lain (0.16%).

SPR: 8 PERATURAN BARU

Pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Permatang Pasir berlangsung hari ini dengan lapan peraturan baru - antara lain mana-mana kenderaan yang membawa pengundi tidak dibenarkan mempamerkan bendera dan lambang parti bertanding.

Ia merupakan sebahagian usaha suruhanjaya itu untuk mengawal perbuatan berkempen sebaik sahaja tempoh berkempen rasmi berakhir 12 tengah malam tadi.

"SPR akan menguatkuasakan beberapa perkara kali ini ... tidak dibenarkan memasang logo, lambang dan bendera pada kenderaan... sama ada yang kecil ataupun besar," Aziz memberitahu pemberita di sini.

Selain itu, larangan lain yang turut akan diguna pakai kali ini ialah:

- Tiada kempen selepas 12 tengah malam tadi (Isnin) hingga keputusan diumumkan hari ini (Selasa);

- Tidak dibenarkan mengadakan barong oleh parti-parti politik;

- Tidak ada lagi meja semakan daftar pemilih;

- Tidak membenarkan rumah kediaman dan pondok dijadikan untuk tujuan kempen esok;

- Aktiviti meraih dan merayu undi tidak dibenarkan di kawasan tempat mengundi;- Tidak dibenarkan aktiviti meraikan kemenangan; dan

- Keputusan akan diumumkan tepat pukul 8 malam hari ini (Selasa) jika tiada apa-apa masalah.

Aziz juga berkata, SPR menyediakan lapan kerusi roda kepada pengundi-pengundi uzur dan cacat.

"Kita sedia maklum, kita masih hadapi wabak influenza A(H1N1). Jadi Pejabat Kesihatan akan menyediakan meja bantuan di beberapa tempat dan pengundi-pengundi dinasihatkan memakai topeng perlindungan pernafasan ketika keluar mengundi.

"Petugas-petugas SPR memang dibekalkan topeng ini. Air 'sanitizer' juga akan disembur setiap dua jam di tempat-tempat mengundi," katanya.

Mengenai peratusan keluar mengundi, Aziz menjangkakan kira-kira 80 peratus.

"Puasa, musim hujan dan wabak A(H1N1) dan kemudian cuti sekolah. Walau bagaimanapun kedua-dua parti ini bersemangat menjalankan kempen masing-masing, di sini kami menjangkakan 80 peratus.

"Mungkin lebih sikit, mungkin kurang sikit," katanya.



--------------------------------------------------------------------------------
PILIHAN RAYA KECIL: SEPINTAS

- Jumlah pemilih berdaftar: 20,290 orang

- Jumlah pengundi pos: 1 orang

- Pecahan pengundi ikut kaum: Melayu (72.36%), Cina (25.86%), India (1.63%) dan lain-lain (0.16%)

- Pecahan pengundi ikut umur: 40% pemilih berusia 21-40 tahun, 25.5% (41-50 tahun), 17.6% (51 hingga 60 tahun), 10.38% (61 hingga 70 tahun) dan 15.9% melebihi 71 tahun.

- Pusat penjumlahan undi: Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam

- Pusat mengundi: Lapan (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lay Keow, Permatang Pauh, Sek. Men. Kebangsaan Samagagah, Sek. Keb. Permatang Pauh, Sek. Keb. Permatang Pasir, Sek. Kebangsaan Bukit Indera Muda, Sek. Jenis Keb. Cina Kubang Semang, Sek. Keb. Seri Penanti dan Sek. Rendah Islam Al-Masriyah

- Saluran mengundi: 39

- Pegawai Pengurus: Roslan Yahaya, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah

- Masa keputusan: Dijangkakan pukul 8 malam

- Majoriti Mac 2008: 5,433 undi (Penyandang: Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman)

:mstaronline

Read More

Setiap Isteri Di sisi Suami, Senang atau Susah - Nizar Bravo!!!

Monday, August 24, 2009, Posted by Biaqpila at 8:15 PM



PERMATANG PAUH – Wawancara dengan isteri calon PAS di Dun Permatang Pasir, Puan Siti Fatimah Othman atau yang lebih mesra dengan pamnggilan Kak Timah di satu program UPU Tanah Liat semalam.

Soalan: Apa perasaan Kak Timah apabila Ustaz Salleh dipilih sebagai calon?

Kak Timah: Sebagai isteri, apabila nama Ustaz diumumkan sebagai calon PRK Permatang Pasir, saya rasa bangga, berdebar-debar. Bangga kerana ramai yang layak jadi calon tapi pimpinan PAS telah memilih Ustaz, dan berdebar-debar sebab kita terpaksa menghadapi risiko, boleh jadi menang, boleh jadi kalah. Tetapi InsyaAllah, harapan memang itu ada.

Soalan: Bagaimana penerimaan keluarga?

(Gambar - Kak Timah tidak kekok untuk turun ke padang menemui pengundi, masyarakat dan petugas pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir dan sentiasa meelemparkan senyuman dimana sahaja)



Kak Timah: Semua bersyukur. Kami menghargai dan InsyaAllah kami yakin Ustaz mampu menggalas cabaran dan sekiranya menang, dia mampu memikul tanggungjawab sebagai Adun.


Soalan: Apa beza sebelum dan selepas Ustaz menjadi calon?

Kak Timah: Tentulah berbeza...selepas dicalonkan, tentulah sibuk berganda. Dari malam sebelum kempen bermula, sampai ke hari ni Ustaz belum tidur di rumah. Dia berkampung di Pusat Khidmat Adun untuk memudahkan pergerakan.

Soalan: Kak Timah turut merasai kesibukan ustaz?

Kak Timah: Memanglah, sebab saya pun ada program kadang-kadang kena ikut Ustaz, dan ada program berasingan. Jadi sedikit sibuk, tapi biasalah.

Soalan: Kak Timah dijemput untuk menghadiri program-program?

Puan Siti Fatimah: Yelah. Samada dijemput atau melalui muslimat yang mengatur pergerakan ke mana saya perlu pergi untuk bertemu pengundi, bersama-sama dengan masyarakat, melawat orang sakit, bacaYasin, ziarah orang meninggal dan sebagainya.

Soalan: Kak Timah berkorban bantu Ustaz?

Kak Timah: adalah...apabila Ustaz komited dengan PAS, kenalah saya bantu.....anak-anak misalnya, menguruskan anak-anak, urusan kewangan disamping beri semangat kepada ustaz. Sudah semestinya macam tu..lah kan. Bagi setiap isteri mesti berada di samping suaminya di waktu susah atau senang.-Buletin Online

Read More

PAS persoal isu integriti, bukan isu peribadi - Nizar Bravo!!!

Posted by Biaqpila at 7:16 PM

PERMATANG PASIR, 24 Ogos - "Saya dan PAS konsisten melihat isu amanah Rohaizat itu bukan isu peribadi, tetapi isu integriti yang begitu penting bagi calon Adun Permatang Pasir".


Pengarah jentera induk pilihanraya Permatang Pasir, Dato' Mahfuz pagi tadi menjelaskan isu yang mendakwa bahawa PAS menggunakan isu pendedahan Yusri untuk menjatuhkan imej calon BN, Rohaizat Othman.


"Sebab itu, PAS nak jelas apa yang dilakukan. PAS hanya beri tempat kepada beliau (Yusri) untuk menjelaskan kebenaran yang terselindung," jelas Mahfuz merujuk kenyataan terdahulu Yusri yang beliau akan meminta PAS dan PKR pentas untuk beliau menjelaskan perihal sebenar yang berlaku antara beiau dan Rohaizat.


Yusri Ishak iaitu bekas rakan kongsi firma Rohaizat semalam sekai lagi menyatakan pendirian - tujuan beliau tampil dalam massa sebelum ini bukanlah untuk menjatuhkan Rohaizat sebagai calon Umno, sebaliknya cuba membersihkan nama baiknya dan keluarganya.


"Yusri yang berasa dirinya dikambing hitamkan oleh Rohaizat serta pimpinan Umno itu sebenarnya mahu kes pecah amanah yang dikaitkan dengan dirinya, turut ditanggung bersama-sama oleh rakan kongsinya Rohaizat".


Yusri kawan jujur


Mahfuz dalam sidang media pagi tadi menjelaskan, Rohaizat bertuah kerana mendapat kawan sejujur Yusri. Namun sehingga sekarang katanya, Rohaizat dan pimpinan Umno masih enggan menarik balik segala tuduhan yang dilontarkan terhadap Yusri.


"Ini sekaligus menunjukkan sifat tidak bertanggungjawab dan tidak bermaruahnya pemimpin Umno," selar Mahfuz.


Katanya, beliau yakin minda yang waras sama sekali tidak boleh menerima calon yang sah pernah pecah amanah.


"Bagaimanapun, saya menghormati setiakawan Yusri ke atas Rohaizat, alaupun belai sendiri sedar bahawa dirinya telah pun dikambing hitamkan oleh Rohaizat dalam pilihanraya kecil ini," tambah Mahfuz lagi.

Read More

Lunas Gugat Kedah, Tidak Jejas P. Pasir - Nizar Bravo!!!

Posted by Biaqpila at 6:00 PM

Setiausaha Pemuda PAS Terengganu menyifatkan tindakan Mohd Radzhi Salleh meninggalkan PKR secara mengejut hari ini sebagai sebahagian langkah menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, seperti yang berlaku di Perak, Februari lalu.
Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata, BN akan menggunakan isu ini untuk menggambarkan hubungan antara PAS dengan PKR dan DAP "tidak sebulu dan seolah-olah longgar" sedangkan hakikatnya tidak demikian.

"Isu tersebut langsung tidak memberi kesan atau (meningkatkan) peluang untuk pengundi di Permatang Pasir mengundi BN. Ini kerana isu tersebut adalah isu yang tidak berkaitan dengan pengundi di sini," katanya ketika ditemui Malaysiakini tengah hari ini di Masjid Permatang Janggus pada kempen pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.

Tambahnya, tindakan wakil rakyat itu juga tidak akan melemahkan jentera PAS dan Pakatan untuk memastikan kemenangan calonnya Mohd Salleh Man pada hari mengundi dua hari lagi.

Manakala petugas PAS dari Permatang Bertam, Kepala Batas, Zakaria Abdul Rahman pula berkata, tindakan ADUN Lunas merupakan "satu tindakan bodoh".

Beliau mendakwa tindakan Mohd Radzhi ini sebahagian percaturan dan permainan politik Umno yang berniat untuk menggugat kerjasama dalam Pakatan Rakyat di Kedah.

"Pada pilihan raya umum yang akan datang, adakah BN akan ambil dia menjadi calon? Macam ADUN di Perak, Umno tidak akan ambil meraka menjadi calon, BN akan letak calon lain. Sebab itu saya katakan, tindakan dia itu tindakan bodoh," katanya.

"Kalau dia dipilih menjadi calon sekalipun, belum tentu dia mendapat sokongan daripada pengundi.

"Kalau yang keluar daripada kerajaan Kedah lima atau enam (wakil rakyat PKR) orang, boleh menggugatkan kerajaan negeri, ini keluar seorang, ia tidak memberi kesan," katanya.

Tambahnya, tindakan itu dijangkakan tidak akan menjejaskan sokongan pengundi di Permatang Pasir kerana kawasan ini mempunyai pengundi setia PAS dan Pakatan Rakyat.

Sementara itu petugas PAS dari Kemaman, Sheikh Faisal Ayaman berkata kejadian lompat parti ini baginya "perkara biasa dalam perjuangan".

"Ia tidak memberi kesan langsung kepada (jumlah) undi di Permatang Pasir," katanya.

Sheikh Faisal menyifatkan tindakan ADUN Lunas bertukar wakil rakyat bebas sebagai permainan Umno semata-mata untuk menggugat kerajaan Kedah tetapi tindakan Mohd Razdhi itu tidak berjaya melemahkan jentera parti.-TVAntara

Read More

Rakyat jadi mangsa jika Umno menang Permatang Pasir - Nizar Bravo!!!

Posted by Biaqpila at 10:00 AM



Oleh Zolkharnain Abidin

Terserah kepada pengundi Permatang Pasir untuk membuat keputusan, Salleh atau Rohaizat, PAS atau Umno. Ada yang pilih calon dan ada yang pilih parti. Ada yang mengadunkan kedua-duanya. Ada banyak lagi pertimbangan lain, tak kisahlah.

Bagi yang memilih parti; letaklah siapa pun, parti pilihannya tetap diundi. Bagi yang pilih calon, tentu banyak perkiraannya; peribadi, kelayakan, kemesraan termasuk mudah senyum pun diambil kira.

Apa pun, bagi saya Umno tak perlu menang. Saya tidak merujuk kepada calonnya semata-mata tetapi kepada kesan kemenangannya kepada negara dan rakyat.

Mengapa Umno tak perlu menang?

Kemenangan Umno di Permatang Pasir akan memangsakan rakyat. Najib dan pemimpin Umno akan merasa bahawa mereka sudah diterima kembali. Kemenangan ini akan menjadikan sengih Najib dan Muhyiddin lebih lebar, kerana Umno telah pulih dan diterima rakyat. Itu perasaan mereka kalau mereka menang.

Umno telah kalah dalam beberapa pilhanraya kecil sebelum ini, namun itu masih belum menyedarkan parti itu. Buktinya, pemimpin Umno masih tidak menghiraukan suara rakyat dalam isu PPSMI dan ISA. Bandingkan kalau mereka menang di Permatang Pasir

Polis masih dikerah untuk menembak dan menyembur rakyat, desakan pemansuhan segera PPSMI tidak dipedulikan, SPRM terus ditunggangi, rasuah terus berleluasa, royalti minyak Kelantan dipandang sepi dan sampai hari ini tiada penjelasan mengenainya oleh Petronas seperti yang dijanjikan Muhyiddin. Ringkasnya negara akan berada dalam kancah yang tidak berkesudahan jika Umno merasa selesa.

Bilakah Umno akan kembali selesa? Jawabnya, bila Umno menang di Permatang Pasir. Apatah lagi, kalau parti itu menang dalam keadaan calonnya dipersoalkan integritinya.

Rohaizat tidak perlu bimbang walau pun dia kalah di Permatang Pasir. Periuk nasinya tidak akan terjejas. Malah rasanya, keraknya akan semakin tebal. Inilah masanya untuk dia ‘demand’ kepada Umno kerana jasanya iaitu bersedia menjadi calon dalam situasi ramai orang Umno tidak bersedia kerana takut kalah.

Untuk kebaikan Umno sendiri, kebaikan Rohaizat juga dan kebaikan rakyat Malaysia, buatlah sesuatu supaya Umno tidak menang di Permatang Pasir

bongkarsauh.blogspot.com

Read More

Pangkah parti yang boleh membela maaruf dan tolak parti mungkar - pesan Tok Guru - Nizar Bravo!!!

Posted by Biaqpila at 8:32 AM

KOTA BHARU, 23 Ogos - "Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan," pesan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu teks pesanan beliau hari ini.

"Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno-BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang," katanya.

"Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan itu pernah membawa kemenangan yang besar?

Selain itu, Mursyidul Am juga berkata bahawa kerusi yang telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat ini perlu dikekalkan sambil cuba untuk mendapatkan kerusi tambahan daripada UMNO-BN sekiranya berlaku pilihanraya kecil.

Ini juga sebagai langkah untuk mengambil kemudi di Putrajaya tidak lama lagi dan seterusnya Malaysia akan mengalami proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar.

Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyatakan keyakinannya bahawa kemenangan akan memihak kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil N11 ini.

Read More

Kes Rafizah: Bapa Mertua tuntut Rohaizat mengaku - Nizar Bravo!!!

Posted by Biaqpila at 2:08 AM

BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos: Penafian berkali-kali calon Umno Rohaizat Othman bahawa beliau tidak pernah menikahi Rafizah Mohamad Ali, 29 mengakibatkan ayah kepada perempuan misteri itu, Mohamad Ali Abdullah, 59 memberi kata dua sehingga malam ini; untuk turut berceramah di Permatang Pasir sekiranya Setiausaha Agong Umno Permatang Pauh itu masih berdegil.

Selain menimbang untuk berdiri atas pentas Pakatan Rakyat demi membersihkan nama baik keluarga dan anaknya itu, Mohamad Ali sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Rohaizat, yang didakwa suami kepada anaknya.

"Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali.

"Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah... Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.

Ayah kepada perempuan misteri dari Pekan, Pahang itu turut menegaskan bahawa beliau sendiri yang menikahi anaknya dengan Rohaizat empat tahun yang lalu.

Kes Rafizah mula menjadi percakapan umum, apabila Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan at-Tantawi mendakwa mengenali dekat keluarga Mohamad Ali.

Nasruddin menyifatkan penafian Rohaizat - bahawa Rafizah itu adalah isteri keduanya itu; bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak menghormati perasaan seorang wanita dan isteri.

Rohaizat yang pada mula tempoh bekempennya berdepan dengan pendedahan kes pecah amanah RM161,000 wang Koperasi Pekebun Kecil, berdepan dengan isu yang lebih peribadi 2 hari kemudian.

harakahdaily

Read More

Wanita Geli Tengok Rohaizat - Nizar Bravo!!!

Posted by Biaqpila at 1:50 AM

Ramai kaum wanita di Permatang Pasir merasakan mereka geli melihat muka calon UMNO BN, Rohaizat Othman yang berdusta bahawa kononnya beliau tidak pernah menikahi Rafizah Mohamad Ali, 29 mengakibatkan ayah kepada perempuan misteri itu, Mohamad Ali Abdullah, 59 memberi kata dua sehingga malam ini; untuk turut berceramah di Permatang Pasir sekiranya Setiausaha Agong Umno Permatang Pauh itu masih berdegil.

Kes Rafizah mula menjadi percakapan umum, apabila Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan at-Tantawi mendakwa mengenali dekat keluarga Mohamad Ali.

Nasruddin menyifatkan penafian Rohaizat - bahawa Rafizah itu adalah isteri keduanya itu, bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak menghormati perasaan seorang wanita dan isteri.

"Kaum wanita merasa begitu terhina dengan perbuatan Rohaizat itu, sudahlah berkahwin dengan cara yang tidak betul kerana telah terlanjur perbuatan, kemudian berbohong pula," ujar seorang muslimah yang berasa berang dengan perlakuan calon UMNO BN itu.

"Rasa geli setiap kali mukanya dipaparkan di kaca TV," tambahnya.

Menurut Nasrudin, Rafizah pernah bertugas sebagai ketua kerani di firma Rohaizat. Mereka telah berkahwin selama lapan tahun, namun baru setahun lepas mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah.

Bagi Nasrudin, beliau bukan menyerang peribadi Rohaizat tetapi membela orang yang hampir dengannya.

Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, ibunya berkata, anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak dua kali dan itupun sekadar beberapa jam. Kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isterinya dalam kesepian mengharapkan kasih seorang suami, cerita Nasrudin.

“Saya dedahkan hal ini dengan izin isterinya yang telah puas menjerit tanpa didengar oleh sesiapa agar suaminya mengakui dirinya sebagai isteri yang sah dan berikan haknya untuk hidup sebagai isteri sebahagaimana isteri-isteri yang lain.

“Telah banyak usaha dilakukan oleh Puan Rafizah agar dirinya diisytiharkan sebagai seorang isteri yang sah agar ia boleh hidup bahagia dan damai seperti orang lain gagal,” kata Nasrudin.

Semalam, harakahdaily melaporkan ayah kepada Rafizah selain menimbang untuk berdiri atas pentas Pakatan Rakyat demi membersihkan nama baik keluarga dan anaknya itu, Mohamad Ali sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Rohaizat, yang didakwa suami kepada anaknya.

"Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali.

"Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah... Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.

Ayah kepada perempuan misteri dari Pekan, Pahang itu turut menegaskan bahawa beliau sendiri yang menikahi anaknya dengan Rohaizat empat tahun yang lalu.

Rohaizat yang pada mula tempoh bekempennya berdepan dengan pendedahan kes pecah amanah RM161,000 wang Koperasi Pekebun Kecil, berdepan dengan isu yang lebih peribadi 2 hari kemudian.

http://greenboc.blogspot.com

Read More

A.Samad Said Turun Berkempen di Permatang Pasir | Nizar Bravo!!!

Saturday, August 22, 2009, Posted by Biaqpila at 9:04 AM



PERMATANG PASIR, 22 Ogos - Sasterawan negara, Datuk A.Samad Said terus mengkritik kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional walaupun Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yasin telah mengumumkan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan di mansuhkan.

Semangat tidak hanya di demonstrasi membantah PPSMI tetapi kini berterusan di Permatang Pasir.

Menurut Mohamad Sabu turunnya tok janggut (A. Samad Said) dalam pilihanraya Permatang Pasir bukti besar UMNO adalah pengkhianat melayu yang sebenar.

Ketika membaca sajak di Tanah Liat semalam, tokoh bahasa itu sekali lagi mengkritik UMNO dan BN tetapi kali ini bukan hanya isu bahasa. A. Samad Said telah mengkritik corak kepimpinan UMNO yang hanya memnguntungkan golongan tertentu dan merugikan rakyat.

Menurut beliau, sejak zaman Tunku Abd Rahman hinggalah sekarang, golongan yang memerintah negara kebanyakannya adalah dari golongan bangsawan. Pemimpin UMNO yang bukan dari golongan bangsawan pula, apabila menjadi pemerintah telah menjadi golongan bangsawan. Rakyat terus menjadi golongan yang tertindas.

Beliau juga berkata, UMNO dan BN menjadikan Permatang Pasir sebagai anak emas dalam pilihanraya di Permatang Pasir hari ini tetapi sebenarnya lebih 50 tahun Permatang Pasir telah di anak tirikan oleh mereka.

Gas pemedih mata dan air asid yang beliau rasai tidak mampu membendung semangat beliau memperjuangkan bahasa dan kebenaran.

Baru-baru ini juga A. Samad Said menyuarakan hasrat untuk menganjurkan demonstrasi sekiranya PPSMI tidak dimansuhkan segera.

Read More

Ketua cawangan tak puas hati pemilihan Rohaizat? | Nizar Bravo!!!

Wednesday, August 19, 2009, Posted by Biaqpila at 12:00 PM



Selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Rohaizat Othman sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir Jumaat lalu, kira-kira 65 peratus ketua Umno cawangan serta ketua Pemuda cawangan di DUN tersebut dikatakan berkumpul di sebuah kedai makan, kerana tidak puas hati dengan pemilihan Rohaizat.

Menurut satu sumber, ini kerana mereka mengharapkan ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said - yang mesra dipanggil "cikgu" - akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Kata sumber yang turut hadir dalam perhimpunan tersebut, Mohd Zaidi terpaksa mententeramkan mereka yang tidak berpuas hati dan menasihatkan mereka supaya bertenang.

"Bekas guru itu turut berkata kepada mereka bahawa beliau masih lagi berpeluang untuk menjadi calon pada masa akan datang," kata sumber itu lagi.

Sehubungan itu, kata sumber itu, Mohd Zaidi menasihatkan penyokongnya agar tidak mementingkan diri sendiri tetapi perlu menjaga kepentingan parti.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, sekiranya Mohd Zaidi menjadi calon, beliau dijangka mendapat menarik kembali sokongan pengundi Cina seramai kira-kira 5,400 orang di Permatang Pasir serta pengundi atas pagar.

Katanya, dalam pilihan raya umum lalu, dianggarkan sebahagian besar pengundi Cina itu menyokong calon, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman untuk membolehkannya menang majoriti lebih 5,000 undi.

DUN berkenaan mempunyai 20,290 pengundi dan satu undi pos, dengan 72.36 peratus pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain.

Umno pula mempunyai 24 cawangan di Permatang Pasir.

Sumber itu berkata, Mohd Zaidi disenangi pelbagai pihak termasuk dari kalangan pengundi bukan Melayu kerana beliau bekas guru manakala bapanya pula memang rapat dengan pengundi Cina di situ.

Menurut sumber itu lagi, ketua-ketua cawanga dan ketua Pemuda cawangan berkenaan percaya BN mempunyai peluang untuk memenangi kerusi tersebut sekiranya mendapat sokongan padu daripada pengundi bukan Melayu, khususnya kaum Cina.

"Kerana itulah mereka mengharapkan Cikgu Mohd Zaidi (kanan) yang dipilih sebagai calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pauh kali ini," katanya.

Malah, katanya, apabila Muhyiddin mengumumkan nama Rohaizat terdapat penyokong BN dari kalangan kaum Cina yang kelihatan terkejut kerana mereka juga menyangka Mohd Zaidi yang akan dipilih.

"Ada yang bertanya-tanya‘apa sudah jadi'...," katanya lagi.

Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya peluang Rohaizat dalam pilihanraya kecil itu pada 25 Ogos depan.

Bagaimanapun, katanya, kelmarin, Mohd Zaidi telah menemui ketua bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid bahawa beliau akan menyokong Rohaizat sebagai calon BN di situ.

http://www.malaysiakini.com/news/110789

Read More

PAS Belum Sedia, Kata Rohaizat | Nizar Bravo!!!

Posted by Biaqpila at 8:50 AM



BUKIT MERTAJAM, 18 Ogos (Bernama) -- PAS sudah menunjukkan tanda awal bahawa parti itu belum bersedia menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir apabila menggesa lawannya menarik diri.

Calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman berkata parti pembangkang itu sepatutnya bersedia menghadapi mana-mana calon dan bukan meminta BN menarik calonnya daripada bertanding.

Rohaizat, setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas gesaan PAS untuk beliau berundur berikutan pembatalan lesen guaman sivilnya oleh Majlis Peguam.

"Alasan mereka membuat komen seperti itu menunjukkan mereka gagal secara moral untuk memberi saingan dalam pertandingan pada 25 Ogos ini," katanya selepas melawat komuniti Cina di Kampung Sama Gagah di sini Selasa.

Katanya beliau berjanji kepada penduduk Permatang Pasir bahawa beliau akan menjadi pengantara antara kerajaan pusat dan rakyat di sini jika dipilih pada pilihan raya kecil itu.

Pada pilihan raya kecil itu, Rohaizat, 38, akan berdepan dengan Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lepas kerana sakit jantung.

-- BERNAMA

Read More

Cermin kereta Ketua Pemuda UMNO Melaka pecah | Nizar Bravo!!!

Tuesday, August 18, 2009, Posted by Biaqpila at 9:22 PM

PERMATANG PAUH - Gara-gara kepenatan dan tidur awal selepas pulang daripada perbincangan dengan jentera pilihan raya, cermin kereta milik seorang perwakilan UMNO negeri dipecah pada kedua-dua sisi sebelah pemandu.

Ketua Pemuda UMNO Melaka, Karim Yaakob berkata, kejadian berlaku apabila balik ke rumah untuk berehat selepas menolong jentera berkempen di kawasan perumahan Taman Ara Indah lebih kurang jam 1 lebih.-sinarharian

Read More

BN LAWAN PR - Nizar Bravo!!!

Monday, August 17, 2009, Posted by Biaqpila at 1:56 PM



Satu Lawan Satu Di Permatang Pasir

Pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir akan menyaksikan satu lawan satu antara calon PAS Salleh Man dan calon BN Rohaizat Othman.
Proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil bermula dengan calon Pakatan Rakyat dari PAS, Salleh Man dan calon BN, Rohaizat Othman menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Institut Kemahiran Belia Bukit Mertajam.

Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh sejurus kemudiannya. Pegawai SPR Roslan Yahya berkata sebanyak 15 bantahan yang dibangkitkan hari ini telah ditolak seraya membolehkan 2 calon ini bertembung pada 2 0gos nanti.

Salleh tiba seawal 8.35 pagi dengan diiring Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Md Isa, Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali, Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim serta pemimpin akar umbi Md Sabu. Beliau diarak lebih 1,000 orang sejauh 400 meter ke pusat penamaan calon.

Manakala Rohaizat tiba tidak lama kemudian dengan 400 penyokong diketuai Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC S Samy Vellu dan Ahmad Zahid Hamidi.

Kamarul Ramizu Idris, calon bebas yang bertanding di Bukit Gantang, Penanti juga turut menyatakan hasrat untuk menjadi Adun di Permatang Pasir. Beliau bagaimanapun menarik diri pada minit-minit terakhir ekoran tersesat jalan lalu terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas.

Pilihan raya DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negerinya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lepas akibat diserang sakit jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Ogos ini sebagai hari pengundian.-tva

Read More

BN akan pastikan kemenangan, tidak kira undi atau moral - Nizar Bravo!!!

Posted by Biaqpila at 8:06 AM



BEBERAPA pekerja Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam, memasang kain rentang Pusat Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) semalam. Hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu akan diadakan hari ini. Setakat ini, calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dan calon PAS Mohd Salleh Man akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu pada 25 Ogos 2009. - Foto Bernama


BUTTERWORTH: Barisan Nasional (BN) akan memastikan kemenangan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini, tanpa mengira sama ada ia adalah kemenangan undi atau moral.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Othman, berkata jentera BN perlu bersatu padu bagi memastikan matlamat tersebut tercapai.

"Kita kena buktikan pada orang luar bahawa Umno dapat meletakkan calonnya di tempat yang paling baik pada pilihan raya ini," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno bahagian Permatang Pauh di sini, hari ini.

Beliau berkata Umno Permatang Pauh perlu memastikan kemenangan pilihan raya kecil itu milik mereka bagi menangkis pandangan serong orang luar terhadap mereka.

"Kita boleh buktikan pada orang bahawa kita boleh bersatu, bangun dan bangkit dari lemparan dan tohmahan yang dilemparkan kepada kita," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, Rohaizat Othman yang juga Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Salleh Man dan seorang calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 17 Ogos sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 25 Ogos.

BHARIAN

Read More

Beberapa jalan ditutup pada hari penamaan calon - Nizar Bravo !!!

Posted by Biaqpila at 5:12 AM

GEORGETOWN: Beberapa jalan akan ditutup kepada semua jenis kenderaan pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Isnin ini mulai jam 6 pagi hingga 3 petang.

Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang, DSP Wari Kiew, berkata ini bagi melancarkan proses penamaan calon yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam, dekat sini.

"Jalan yang ditutup adalah Jalan Berapit di hadapan perkuburan cina Berapit dan simpang tiga Jalan Berapit/Jalan Mengkuang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, kenderaan yang datang dari arah pekan Bukit Mertajam atau Bandar Perda akan dilencong ke Jalan Abdul Kadir atau Jalan Tok Elong ke Jalan Tanah Liat, Kubang Semang dan Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE).

"Kenderaan dari arah Kulim atau BKE pula akan dilencongkan di simpang tiga Jalan Mengkuang/Jalan Berapit ke Jalan Mengkuang arah ke Kulim bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan IKBN itu," katanya.

Wari berkata, tiga kawasan khas disediakan berhampiran IKBN untuk meletak kenderaan yang jaraknya antara 600 meter dan 1.4 kilometer dari pusat penamaan calon.

Katanya, penduduk di kampung yang terletak berhadapan dengan IKBN boleh mendapatkan bantuan pihak polis untuk keluar dan masuk di kawasan itu, bagaimanapun mereka dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal pada hari berkenaan.

Katanya, anggota polis trafik akan ditempatkan di beberapa kawasan di situ bagi mengawal lalulintas dan beberapa buah lori penunda disediakan untuk mengalih kenderaan yang menghalang lalu lintas.

"Mana-mana kenderaan yang didapati meletak sesuka hati atau menghalang lalulintas akan ditarik dan dibawa ke bilik gerakan Trafik Bukit Mertajam," katanya.

Selain itu, katanya penyokong-penyokong parti dinasihatkan datang melalui laluan masing-masing yang telah dipersetujui semasa perjumpaan dengan wakil calon semalam.

"Polis tidak akan membenarkan penyokong-penyokong parti masuk melalui laluan yang ditetapkan kepada parti lain atas faktor keselamatan," katanya. - Bernama

Read More

SPR tidak pro pengundi, isytihar mengundi hari bekerja - Nizar Bravo!!!

Posted by Biaqpila at 1:13 AM



KUALA LUMPUR, 12 Ogos - Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak pro pengundi apabila mengisytiharkan hari mengundi bagi Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009 (Selasa) iaitu hari bekerja.

Kecewa dengan keputusan SPR itu, beliau berkata, sepatutnya SPR memberi ruang kemudahan kepada pengundi untuk turun mengundi tanpa perlu mengambil cuti.

"Walaupun SPR kata dalam undang-undang majikan harus melepaskan pekerja mereka untuk keluar mengundi, tetapi kita (PAS) masih tidak nampak majikan akan memberi kerjasama yang baik," ujarnya yang dilantik sebagai Pengarah Piliharaya Kecil Permatang Pasir itu.

Tekannya lagi, keputusan SPR itu nyata menyusahkan pengundi, terutamanya yang tidak berada di luar lokaliti tempat mengundi, melainkan SPR menetapkan hari membuang undi itu pada hari bercuti (Sabtu).

Tambahnya, SPR sendiri tidak seriusnya mengambil tindakan kepada majikan untuk membenarkan pekerjanya keluar mengundi.

"Sekalipun majikan berkenaan membenarkan pekerjanya keluar mengundi, ianya tetap akan menyusahkan pengundi tersebut kerana ianya akan melibatkan kekangan waktu terutamanya bagi mereka yang berkerja di luara dari kawasan mengundi," ujarnya.

Mahfuz melihat keputusan SPR menetapkan hari mengundi pada hari bekerja itu hanya mengganggu efisensi dan produktiviti yang perlu diberi keutamaan di institusi tersebut.

"SPR sudah berkali-kali tidak mengendahkan dan tidak menampakkan slogan yang di katanya '"rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", sepatutnya mereka mengutamakan rakyat," tegasnya.

Sebelum itu beliau turut mencadangkan SPR mengkaji semula keputusan yang telah dibuat itu dan mengharapkan hari mengundi dibuat pada hari bercuti supaya memberi ruang yang lebih selesa kepada pengundi pada hari kejadian.

Read More

Laman Web Rasmi Pilihanraya Kecil Permatang Pasir mula beroperasi - Nizar bravo!!!

Saturday, August 15, 2009, Posted by Biaqpila at 2:09 PM

Sekali lagi PAS dan Pakatan Rakyat akan menghadapi pilihanraya kecil di N.11 Dun Permatang Pasir, selepas kematian penyandangnya Dato’ Hj Mohd Hamdan Abd Rahman.

Justeru itu, Jabatan IT PAS Pusat juga telah mula menggerakkan jentera di seluruh negara bagi membantu jentera pilihanraya di Permatang Pasir.
Seperti pilihanraya kecil sebelum ini, laman Web Rasmi pilihanraya kecil juga sudah mula beroperasi bagi melaporkan situasi dan keadaan di Permatang Pasir. Alamat bagi web rasmi tersebut ialah http://prkn11penang.pas.org.my

Selamat melayari….Takbir!!

Read More

Salleh calon PAS tanding DUN Permatang Pasir - Nizar Bravo!!!

Posted by Biaqpila at 1:20 PM




SEBERANG PRAI: PAS mengumumkan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man akan mewakili parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir minggu depan.

Salleh, 52, pernah bertanding kerusi Pinang Tunggal pada tahun 2004 dan Sungai Dua, Mac 2008.

Pinang Tunggal dan Sungai Dua merupakan antara empat bahagian pilihan raya yang pernah ditandinginya sejak tahun 1986.

Bagaimanapun beliau tidak pernah memenangi mana-mana kerusi, pun begitu kata Salleh beliau berharap untuk menang pada kali ini.

Salleh, seoarang pentadbir sekolah agama, merupakan lulusan pengajian Syariah dari Universiti Malaya dan dilantik sebagai Pusuruhjaya PAS Pulau Pinang tahun lalu.

Beliau mempunyai seorang isteri dan lima orang anak.

Namanya diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir dekat sini malam tadi.

"Kami harap beliau akan menang kali ini," kata Hadi.

Kerusi itu disandang oleh wakil PAS, Datuk Hamdan Abdul Rahman, yang telah meninggal dunia hujung bulan lalu.

Kira-kira lima jam terdahulu Barisan Nasional (BN) pula mengumumkan akan menurunkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Rohaizat, 38, merupakan penasihat undang-undang dan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Mengkuang, Bukit Mertajam, menyertai Umno pada 1996.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Permatang Pasir dekat sini kira-kira 5.30 petang semalam.

"Setelah ambil kira pandangan semua pihak, calon yang paling layak, boleh diterima rakyat, setelah dibincang dengan (Perdana Menteri) Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang kini berada di luar negara, didapati calon yang paling sesuai ialah Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman," kata beliau ketika mengumumkan nama calon dan melancarkan jentera BN di pusat gerakan induk BN di Bukit Merah, Permatang Pauh dekat sini petang ini.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan seorang calon Bebas.

Pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42, telah menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

- mstar

Read More

Pertandingan Tiga Penjuru Dalam P/raya Kecil Permatang Pasir - Nizar Bravo!!!

Wednesday, August 12, 2009, Posted by Biaqpila at 11:37 PM

PULAU PINANG, 11 Ogos (Bernama) -- Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Barisan Nasional, PAS dan seorang calon Bebas.

Seorang pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris telah menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 17 Ogos dan pengundian pada 25 Ogos.

Kamarul Ramizu, 42, berkata beliau bersedia untuk membeli borang pencalonan dari Pejabat Pilihan Raya negeri, Jumaat ini.

"Saya sedia untuk bertanding di Permatang Pasir kerana saya telah memperuntukkan kira-kira RM100,000 bagi kempen pilihan raya kecil itu.

"Saya juga akan berkempen di kawasan Permatang Pasir supaya pengundi faham misi dan visi saya," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Sebelum ini, Kamarul Ramizu telah bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Penanti.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan bertanding di Permatang Pasir sebagai calon underdog yang bertujuan untuk mendedahkan dirinya dengan orang ramai.

"Walaupun saya akan cuba sebaik mungkin, tapi saya tidak pernah jangka untuk memenanginya dan hanya menjadikannya sebagai satu pendedahan kepada diri saya bagi mempersiap diri menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 31 Julai akibat sakit jantung.

-- BERNAMA

Read More

Calon PAS akan diumum pada 14 Ogos - Nizar Bravo!!!

Posted by Biaqpila at 10:00 AM

BERA,11 Ogos - Calon PAS akan diketahui pada 14 Ogos ini dan PAS akan menang serta mempertahankan kerusi Permatang Pasir dalam pilihan kecil kelak.

Demikian penegasan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa melawat dan menyampaikan bantuan kepada peserta yang cedera dalam himpunan aman mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu.

Menurutnya, walaupun berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai kekuatan tetapi beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan mudah.

Beliau berkata, cabaran BN pastinya lebih hebat memandangkan BN ingin menebus kekalahan dengan majoriti kecil 65 undi yang menyakitkan dalam pilihan raya kecil Manik Urai bulan lalu.

Menurut Salahuddin, PAS sudah mengenalpasti dua nama calon sesuai untuk mewakili PAS dalam, pilihan raya Permatang Pasir itu dan akan umumkannya pada 14 Ogos ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos dan penamaan calon pula pada 17 Ogos.

Kerusi Permatang Pasir kosong berikutan penyandangnya Dato' Hamdan Abdul Rahman, 60, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) 31 Julai lalu.

Dalam pilihan raya lalu, Hamdan berjaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 5,433 mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Shuib bulan lalu.

Hamdan memenangi kerusi berkenaan sejak tahun 1999. Pada 2004 beliau menang dengan majoiti 697 undi. Beliau merupakan Adun tunggal PAS dalam DUN Pulau Pinang dan menjadi Adun di situ selama tiga penggal.

Salahuddin mengingatkan semua petugas parti supaya jangan mengambil mudah cabaran Umno-BN di Permatang Pasir kerana mereka pastinya akan turun habis-habis dengan menggunakan segala kekuatan wang ringgit sebagaimana di Manik Urai.

"Petugas kita jangan lalai dan hendaklah berkerja dengan penuh semangat, jangan ambil mudah cabaran Umno kerana mereka pasti akan turun habis-habisan dengan wang ringgit untuk menang," tegasnya.

Read More

Permatang Pasir: Umno masih tercari-cari calon - Nizar Bravo!!!

Posted by Biaqpila at 12:41 AM

Mohd Sabri Said

Hari Penamaan calon dan hari pembuangan undi telah ditetapkan pada 17 dan 25 Ogos ini oleh Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) semalam tetapi Umno dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang masih meneropong siapakan calonya yang bakal diberikan amanah sebagai calon terbaik menentang calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (N11) Permatang Pasir.

Masing-masing melihat 'hang aku' siapakah yang bakal ditonjolkan sebagai calon BN kerana sepanjang tiga pilihan raya yang diadakan di Parlimen Permatang Pauh termasuk Pilihan raya Umum ke-12 lalu Umno ketandusan individu yang layak ditabalkan sebagai calon kerana rata-rata mempunyai masalah dan skandal peribadi.

Dua nama yang dikatakan top di kalangan Umno sekarang ialah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian, Zaidi Said yang berasal daripada Tanjung Putus dan peguam muda, Rohaizat Othman yang sedang menapak nama tetapi tidak dicalonkan menentang Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Pilihan raya Kecil Penanti menentang, Dr Mansor Othman setelah Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak bertukar menjadi dayus tidak memasuki pilihanraya berkenaan.

Dengar khabar, nama mereka telah diusung ke pengetahuan Dato' Seri Najib di Putrajaya dan menunggu masa dan ketikanya sahaja di umumkan.

Namun, selagi tidak diumumkan ramai kepimpinan Umno sendiri masih tidak percaya kerana boleh jadi di saat-saat akhir pertukaran boleh berlaku tambahan lagi kali ini Pilihan raya Kecil yang memerlukan ketokohan untuk menang di kubu kuat PAS.

Bagi memastikan jentera BN bergerak duit akan digunakan sepenuhnya kerana strateji itu berjaya mengumpan pengundi di Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan baru-baru ini sehingga PAS menang tipis di situ.

Bukan itu sahaja Puteri Umno juga dikatakan menumpukan pergerakan dengan memasuki berapa buah kampung di Tanjung Putus, Sama Gagah dan Kampung Petani dengan harapan memecah undi kerana bagi BN dapat mengurangkan majoriti pun sudah memadai.

Ketua Perhubungan Umno Negeri, Dato' Seri Zahidi Hamidi mesti tidak diam duduk kerana inilah kali pertama beliau menanggung tugasan pada Pilihan raya Kecil setelah dilantik oleh Najib selepas pertukaran jawatan nombor satu negara.

Walaupun PAS menang di semua sembilan Unit Peti Undi (UPU) tetapi harus mengandakan perancangan serta pengawasan rapi kerana pelbagai peristiwa boleh berlaku hasil tangan kotor Umno dan BN semata-mata mahu menguatkan kembali pengaruh mereka yang lemah.

Justeru itu, semua UPU iaitu Sama Gagah, Permatang Ara, Permatang Pauh, Bukit Indera Muda, Kampung Pelet, Kubang Semang, Tanah Liat, Cross Street dan Permatang Tengah mestilah bersedia dengan harapan menggunung untuk mengekalkan kemenangan agar kali ini tidak jatuh pula ke tangan Umno dan BN atau kurang undi yang ketara sepertimana yang terjadi di Manik Urai.

PAS hanya kalah di dua saluran, semua saluran satu iaitu di UPU Permatang Ara dengan tujuh undi manakala di UPU Bukit Indera Muda hanya 15 undi. Ini bermakna 39 saluran, PAS hanya kalah dua saluran sahaja.

Insya-Allah semua kekuatan dari seluruh Malaysia akan tiba lebih-lebih lagi di bulan Ramadan Al-Mubarak di mana sejarah membuktikan di bulan Ramadan kelebihan berada di pihak Islam walaupun siang hari berlapar namun berjaya mengalahkah musuh yang asyik mengejar dunia.

Read More

Kemenangan awal PAS di Permatang Pasir - Nizar Bravo!!!

Tuesday, August 11, 2009, Posted by Biaqpila at 10:00 AM




KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Hrkh) - Permatang Pasir milik PAS! Kehadiran bulan Ramadan bakal memberikan kemenangan kepada PAS dalam mempertahankan Dun Permatang Pasir kelak.

Bulan Ramadan tidak akan melemahkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat sebaliknya akan memberikan kekuatan dan kemenangan.

"Ramadan adalah bulan jihad dan bulan kemenangan yang telah menyaksikan pelbagai peristiwa besar di sepanjang sejarah dan tamadun Islam khasnya perang atau Ghazwatul Badr al-Kubra yang berlangsung pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah,"kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, saf para pejuang Islam akan lebih kemas, bergaya dan perkasa terutama dalam menghadapi pilihan raya kecil kelak.

"Bulan Ramadhan akan mendisiplinkan mereka dengan akhlak mulia , semangat kemanusiaan yang tinggi berpaksikan fitrah yang suci dan kesabaran yang mantap melepasi ujian yang dipraktis.

"Disiplin menjadikan saf para pejuang Islam akan kelihatan lebih kukuh dan mantap serta sukar untuk digugat,"jelasnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pengerusi SPR, Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan pilihan raya kecil itu dalam bulan puasa kerana, "ia merupakan masa yang palng sesuai sekali untuk menyelesaikan secepat yang boleh kerana umat sedang berpuasa".

"Waktu itu juga merupakan masa cuti sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pagi tadi.

Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian Dato' Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Read More

BN akan umum calon dalam masa terdekat: Najib

Posted by Biaqpila at 1:41 AM

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata Barisan Nasional (BN) akan menentukan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan diambil.

“BN juga telah melantik Datuk Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Pilihan Raya Kecil Dun Permatang Pasir,” katany kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Sementara itu dalam sidang media pagi ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir ditetapkan pada 25 Ogos ini, manakala hari penamaan calon telah ditetakan pada 17 Ogos ini.

Kerusi Permatang Pasir kosong berikutan penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, setelah beberapa hari menjalani rawatan di institut berkenaan

Bekas Pesuruhjaya PAS negeri selama 14 tahun itu menjadi ADUN Permatang Pasir selama tiga penggal mulai tahun 1999 sehingga sekarang, dan kini merupakan satu- satunya ADUN PAS di negeri berkenaan.

DUN Permatang Pasir terletak di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari UMNO, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433.

Read More

PRK DUN Permatang Pasir -NIZAR ZAMBRY

Monday, August 10, 2009, Posted by Biaqpila at 3:59 PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan pilihanraya kecil itu dalam bulan puasa "ia merupakan masa yang palng sesuai sekali untuk menyelesaikan secepat yang boleh kerana umat sedang berpuasa".

"Waktu itu juga merupakan masa cuti sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pagi ini.

Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian ADUN tunggal di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.

Awal Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.

Bercakap dalam sidang akhbar pagi ini, Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan kerusi DUN Pematang Pasir kosong, berkuatakuasa 1 0gos lalu.

Berikutan itu, katanya, SPR melantik pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut.

Abdul Aziz berkata, senarai pemilih induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 yang telah dikemaskini sehingga 31 Julai 2009, akan digunakan dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

DUN ini mempunyai 20,290 pemimilih berdaftar yang terdiri daripada 20,289 pemilih biasa dan seorang pemilih pos.

Abdul Aziz berkata, SPR akan menggunakan Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan undi.

Terdapat lapan pusat mengundikan disediakan melibatkan 39 saluran. Daftar pemilih akan mula dijual pada 14 Ogos, tambahnya.

Menurut Abdul Aziz, keputusan dijangka dapat diumumkan pada jam 8 malam.

"Tepat 8 malam SPR akan umumkan keputusan walaupun calon yang menang tidak hadir.

"Apabila keputusan sudah muktamad ia boleh diumumkan. Kita tidak mahu lewat," katanya Abdul Aziz.

Read More

SPR adakan mesyuarat khas pada 10 Ogos tentukan tarikh PRK

Posted by Biaqpila at 1:52 AM

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 10 Ogos ini bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, di sebalik spekulasi kempen kemungkinan jatuh pada bulan Ramadan.

"Kami dah putuskan untuk mengadakan mesyuarat pada 10 Ogos ini, tarikh mesyuarat juga sudah ditentukan," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online hari ini.

SPR mempunyai tempoh 10 hari sejak kekosongan wujud untuk memanggil mesyuarat khas bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil yang merangkumi hari keluar notis, penamaan calon, tempoh kempen dan hari pengundian.

Tempoh 10 hari itu berakhir 10 Ogos.

Mengikut Perlembagaan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh wujudnya kekosongan.

Oleh itu, SPR mempunyai masa sehingga 29 September untuk mengadakan pilihan raya kecil.

Dalam kes DUN Permatang Pasir, hari kekosongan bermula sehari selepas wakil rakyatnya meninggal dunia pada 31 Julai.

"Kekosongan kerusi ini (Permatang Pasir) dikira wujud bermula 1 Ogos memandangkan 31 Julai (hari ADUN Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman) meninggal dikira setengah hari," katanya.

Kelmarin, laporan Bernama menyebut SPR dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir selewat-lewatnya 10 Ogos ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dipetik berkata, pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandang, Hamdan, dan SPR masih menunggu surat makluman kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir daripada Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain.

"Kami jangka surat makluman itu akan diterima selewat-lewatnya Isnin ini (esok) dan selepas itu satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan soal tarikh hari penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN berkenaan," katanya.

Hamdan yang mewakili kawasan Permatang Pasir selama tiga penggal merupakan satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Pulau Pinang.

Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kelmarin kerana sakit jantung.

KEMPEN BULAN RAMADAN?

Ketika ditanya sama ada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada bulan Ramadan, di mana umat Islam akan berpuasa, Wan Ahmad enggan mengulas soal itu.

"Perkara itu terserah kepada panel SPR (yang akan bermesyuarat 10 Ogos ini) untuk memutuskan," katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, semua pihak perlu memahami dan menerima hakikat bahawa pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut lunas perundangan.

"Jika pilihan raya kecil diadakan pada bulan Ramadan dan bulan puasa, ia satu perkara yang kita tidak dapat elakkan... harus kita terima," katanya.

Bulan Ramadan dijangka bermula 22 Ogos manakala 1 Syawal pula dijangka jatuh pada 21 September.

Jika SPR bermesyuarat pada 10 Ogos bermakna masa adalah terlalu singkat untuk mengadakan pilihan raya kecil sebelum 21 atau 22 Ogos.

Hari penamaan calon hanya boleh diadakan selepas empat hari notis pilihan raya dikeluarkan manakala tempoh minimum kempen pula ialah tujuh hari.

Pada perkiraan minimum ia memerlukan 11 hari iaitu sehari sebelum bermulanya bulan Ramadan.

Pun begitu, jika diadakan secara maraton, pilihan raya kecil 'kilat' masih boleh diadakan pada 21 Ogos ini.

Begitu juga untuk mengadakan penamaan calon dan hari pengundian sebelum 29 September jika 1 Syawal jatuh pada 21 September.

Tempoh itu merupakan hari-hari awal musim perayaan.

Bagaimanapun pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir jika diadakan dalam bulan Ramadan, ia bukan kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini.

"Pilihan raya kecil DUN Lunas (tahun 2000), misalnya pernah berlangsung semasa bulan puasa," kata Wan Ahmad.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir adalah pilihan raya kecil kelapan sejak berakhirnya pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.-mstar

Read More

UMNO BN Sedia Hadapi P/raya Kecil Permatang Pasir Pada Bulan Puasa

Sunday, August 9, 2009, Posted by Biaqpila at 3:26 AM

BAGAN DATOH, 8 Ogos (Bernama) -- Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap tidak ada pihak akan mencemarkan kesucian bulan puasa jika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir diadakan pada bulan Ramadan.

Beliau berkata jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan pilihan raya kecil itu diadakan pada bulan puasa, ia bukan sesuatu yang luarbiasa kerana pilihan raya kecil DUN Lunas sebelum ini berlangsung pada bulan berkenaan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil itu sekiranya SPR mengumumkan untuk mengadakannya pada bulan Ramadan.

"Kita harap sekurang-kurangnya kempen pilihan raya dalam bulan puasa berjalan dalam keadaan bersih, tidak ada tuduh menuduh dan umpat keji antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bagan Datoh di sini pada Sabtu.

Tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu akan diputuskan SPR Isnin ini.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS, akibat sakit jantung minggu lepas.

-- BERNAMA

Read More

Nizar : Jentera pilihan raya PAS Permatang Pauh telah bersedia

Tuesday, August 4, 2009, Posted by Biaqpila at 2:26 PM

PERMATANG PAUH, 3 Ogos Jentera pilihan raya PAS Permatang Pauh telah lama bersiap sedia menghadapi sebarang pilihan raya, kata Setiausaha PAS Permatang Pauh, Ahmad Kamal Ahmad.

Katanya, jentera PAS terutamanya di Unit Peti Undi (UPU) tidak pernah dibubarkan di keseluruhan Parlimen Permatang Pauh iaitu di Permatang Pasir, Penanti dan Seberang Jaya.

Malahan sambungnya, ia sentiasa bergerak sebagai satu pasukan dengan jentera Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan) Cabang Permatang Pauh sejak Pilihan raya Kecil Permatang Pauh dan Penanti.

"Semua jentera kita bersiap sedia untuk berhadapan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) di N11 Permatang Pasir. Banyak isu sedang menanti untuk penceramah kita sebarkan," ujarnya ketika diminta pandangan mengenai persiapan terkini jentera PAS di situ.

Apapun kata beliau, malam ini PAS Kawasan akan berbincang mengenai nama-nama calon untuk dikemukakan kepada negeri bagi proses terakhir pemilihan sebelum diisytiharkan kemudianya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Zakaria Hamzah bertekad mengerakkan semua jentera pemuda untuk memperkasakan Majlis Tindakan Dun (MTD) Permatang Pasir di samping memperbanyakan program kepemudaan di situ.

Tegasnya, bagaimanapun bukan sekarang pergerakan bermula bahkan sebelum ini lagi ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Penanti.

"Yakinlah kita pasti menang lagi di sini namun yang jelas ialah kerjasama dan pergerakan bersepadu dari segenap segi," tambahnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh, Suraiya Mohd Saat berkata, berbagai program kemasyarakatan telah diatur sejak dulu dan disusun mengikut strategi.

Menurutnya lagi, maklumat mengenai Umno dan BN juga dapat di hidu dari masa ke masa dan memudahkan jentera bertindak menangkis tohmahan yang dilemparkan kepada Pakatan Rakyat.

"Menerusi bacaan Yasin di kampung-kampung banyak membantu jentera dekati masyarakat. Keaktifan Ahli Jawatankuasa juga dipuji kerana sanggup memberi masa untuk kepentingan jamaah," jelas beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang.

Sementara itu, Setiausaha Negeri KeADILan Pulau Pinang, Mustaffa Kamal Mohd Yusuf dalam kenyataanya pada Harakahdaily, yakin calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat akan menang namun tidak anggap mudah kali ini kerana setiap pilihan raya kecil pastinya terdapat umpan.

Dari segi kerjasama sambungnya, KeADILan akan memberikan kerjasama maksimum untuk memastikan Dun Permatang Pasir tidak jatuh pada BN setelah Adunnya, Allahyarham Dato' Haji Mohd Hamdan Abdul Rahman berjaya mengekal kemenangan tiga penggal berturut-turut.

Read More

PRK 11 PERMATANG PASIR

Posted by Biaqpila at 2:13 PM

Takziah buat keluarga Hamdan dan penduduk Dun Permatang Pasir

Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan penduduk Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir di atas pemergian ADUN Permatang Pasir, Ustaz Dato' Hamdan Abdul Rahman ke rahmatullah pada pagi ini.


Pemergian beliau ini bukan sahaja dirasai oleh seluruh keluarga Allahyarham dan penduduk Dun Permatang Pasir, tetapi juga merupakan satu kehilangan besar kepada seluruh pendukung gerakan Islam, khasnya PAS.

Allahyarham Ustaz Dato' Hamdan adalah seorang pejuang gigih yang telah lama berkhidmat kepada gerakan Islam dalam pelbagai peringkat kepemimpinan.

Selain pernah memimpin PAS Pulau Pinang selama 11 tahun, beliau turut aktif dalam beberapa gerakan dakwah termasuk ABIM pada 1970-an. Beliau juga adalah merupakan aktivis sosial yang cemerlang sehingga diberi kepercayaan berada dalam pimpinan PEMADAM Pulau Pinang pada satu ketika dahulu.

Wakil rakyat sejak 1999

Berkat komitmen berterusan ini, Allahyarham telah dipilih oleh rakyat Permatang Pasir untuk menjadi wakil rakyat sejak dari tahun 1999 lagi.

Allahyarham Dato' Hamdan adalah seorang pemimpin yang tawaduk kerana tidak suka menonjolkan diri walaupun mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Selain mempunyai kelulusan pendidikan Inggeris di peringkat Senior Cambridge, beliau juga adalah lulusan Rubu' Thanawi dalam bidang agama serta beberapa kali mengikuti kursus dalam pengurusan kastam.

Sumbangan beliau juga sangat besar kepada negara kerana beliau pernah berkhidmat dalam Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, sebelum aktif dalam politik.

Dalam Majlis Ulang Tahun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada minggu sudah, beliau telah dianugerah pingat Darjah Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato'.

Bagi pihak seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS, saya merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai dan penduduk Permatang Pasir dapat bersabar dengan ketentuan Ilahi ini. Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, Insya Allah.

DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
31 Julai 2009

Read More
IKLAN BANNER 505X90 px CUMA RM50 SEBULAN
SILA EMAIL KE dirzoom (at) yahoo.com